Friday, June 12, 2020

Manusia X'klusif

Circa 2007.
Kami ke Cherating, boys' trip. Ahli rombongan tersebut dah jadi orang sekarang, ada yang dah jadi pengurus, ada yang jadi bisnesman, yang jadi pegawai polis pun ada. 

Di Cherating, kami sempat luang masa di Payung Cafe. Tauke Payung Cafe ialah de facto godfather of Malaysian reggae. Takda siapa yang pertikai. 

Selepas Cherating, sempat juga aku tonton aksi beliau di pentas2 pesta indie di sekitar ibu kota. Ada juga album beserta tandatangan yang aku tak pasti di mana duduknya sekarang. 

Tahun sudah, aku serempak lagi susuk sama di Amcorp Mall, sempat juga aku tegur dan bersalaman. Rupanya itu kali terakhir. 

Hari ni, aku terima khabar bahawa Tone Poe sudah jalan ke dunia akhirat. 

Terima kasih untuk musik dan kenangan. 
Selamat jalan.

Monday, June 1, 2020

Antara Itu Dengan Ini

Proses mendewasakan diri ialah satu proses yang perit dan tak pernah datang secara semulajadi. Aku semahunya enggan jadi dewasa, enggan jadi sebahagian dari norma resmi insan. Aku semahunya hendak kekal di usia belasan tahun.

Kekangan paling utama dalam proses mendewasakan diri ialah mencari kiblat dan halatuju atau definisi dewasa itu sendiri. Hedonisme yang bercambah dikala remaja bukanlah sesuatu yang boleh dibuang dalam sesaat. 

Ramai yang menganggap kedewasaan akan datang dengan peningkatan usia, ini teori yang lemah. Usia yang meningkat tak membawa apa-apa, kecuali beban dan masalah yang berganda. 

TAPI

Sebagai manusia, kita ada kurnia yang tak punya dek makhluk lain, akal. 

Kalau diikutkan terus rasa enggan mau dewasa, mungkin saja aku kini akan tersadai dijalan tanpa hala tuju, mabuk dan busuk. Mungkin juga aku akan menagih heroin atau apa saja sumber nikmat dunia yang tercapai dek tangan. 

Hakikatnya, aku bukanlah manusia yang selalu lurus dan tau apa yang elok untuk aku. Tapi, sepanjang jalan dalam mendewasakan diri, aku belajar dan cuba kurangkan buat salah. Bunyinya dangkal, aku tahu, manusia mana mungkin boleh lari dari bikin kesalahan. 

Di usia yang kini, dengan dua orang anak, aku masih rasa ralat untuk jadi dewasa sebenarnya, tapi aku sudah janji dengan diri sendiri bahawa setidaknya aku akan cuba untuk kurangkan buat salah, walaupun payah nak jadi dewasa. It's working well for me so far. 

Seminggu dua ni, aku mula banyak membaca semula. Okey, aku banyak baca buku fizikal semula. Waktu muda aku memang banyak diisi dengan buku. Hiburan murah pada hemat aku. Sekarang, aku jumpa semula tujuan aku pegang buku dulu: untuk kurangkan buat salah. 

Saturday, May 23, 2020

Hari Raya Bersyarat

1 Syawal 1441 Hijrah bersamaan 24 Mei 2020.
Aidilfitri kali ini disambut dalam suasana yang asing dan tak pernah dialami dek umat zaman moden. Perayaan yang berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ini dek musibah penyakit COVID-19 yang membedil satu dunia. 

Fikir sehabis positif, ada juga nanti sejarah nak dicerita pada cucu. Anak2 aku yang 2 orang tu pun masih terlalu mentah untuk faham keadaan ni sebenarnya. 

Sunday, May 17, 2020

Nostalgik seorang penulis tak keruan

Ramadan 2020.

Selesai bersahur pagi tadi, aku tergerak untuk berkongsi rasa di Twitter. 
"I kinda miss the period of 2005 - 2010 when the local blogging scene was so vibrant. AKAB, Sue Anna Joe, John Hafiz and the rest would write rigorously and religiously. Maybe they still are, I don't know." Kemudian, aku sambung tidur usai solat subuh.

Aku bangun semula jam 11 pagi. Ruang notifikasi pada telefon ada tanda dari Twitter. Perkongsian aku awal pagi tadi tu ada yang respon. Salah seorangnya ialah tuan punya nama Sue Anna Joe.
"TBH, feel the same. But tried blogging, and just not feeling it? With IG, Twitter, the kick isn't there anymore when blogging. But now that you mention it, maybe I should, regardless orang baca ke tak."

Wow, Sue Anna Joe respon pada tweet aku. Kalau kau macam aku yang banyak habiskan masa berlegar sekitar blogosfera circa 2005 dan beberapa tahun selepas tu, kau pun akan teruja dengan hal ni, memandangkan Sue Anna Joe ialah seorang susuk cool dalam arena seni indie/blog tempatan masa tu, dan masih cool sampai sekarang aku rasa. Pada aku, ini ibarat selebriti respon pada tweet aku kiranya. 

Notifikasi seterusnya ialah " Sue Anna Joe followed you". Wow. 

Tak lama lepas tu, Sue Anna Joe umum yang dia udah mula blogging semula. "Thanks to this..." katanya, dengan tempekan tweet nostalgik aku pagi tadi. Wow.

"Baby, you remember Sue Anna Joe?" aku tanya pada isteri aku. "Look at this." Sambil hulur telefon aku.
"Yeah, we used to read her blog together, and others' juga." Dia jawab.
"Yeah, back then, on some days, we could just lepak all day and read blogs together kan? And I would write mine." Aku kata.
"Blogging was never my thing, it was yours, but I enjoyed reading them." Isteri aku tambah.
Betul juga, aku lebih banyak menulis berbanding dia. Over the years, aku pernah ada 3-4 blog yang aku tulis dan padam. 
"I used to write a lot about you too." Aku cakap sambil senyum. "Maybe I should start blogging again." She smiled. 

I tend to agree With Sue Anna Joe that with IG, Twitter and a dozen other mediums, blogging is not the same anymore. I'm not sure what, but something is definitely missing. Maybe it is the age factor and other commitments of life and the changes it brought. I don't know. 

Selesai berbuka, sambil layan playlist Guitar Hero 3 - Legends of Rock di Spotify, here we are, I'm blogging again. 



Tuesday, May 17, 2016

App

I just installed Blogger app on my phone. My phone is a cheap ass Asus that i bought online for cheap. The phone screen is cracked and u have no interest in getting it fixed.

I mainly use this phone to play mobile games. And now i shall blog using it.

I may also occasionally use it to browse for sexy photos of Hollywood actresses.

Tiger

Aku baru dapat anak lelaki bulan lepas.
Aku panggil anak aku Tiger.

Monday, May 16, 2016